Archive for September, 2006

Luahan samb..

Thursday, September 21st, 2006

Geng-geng roomate aku ni jenis suka buat bising. Dah la orang kelantan kan suka cakap kuat kuat…ya allah jangan cakaplah betapa bingit nye bilik aku. Dah la tu…hari2 plak tu datang bilik aku. Sekarang pun diorang dah macam tak perasan aku dalam bilik tu dah. Padahal ni bilik aku…diorang tu pendatang asing jek. Dulu mula2 diorang respek gak ah ngan aku selaku tuan bilik ni…tapi sekarang main redah2 jek. Kurang ajar tul! Tambahan pula diorang tu sume jenis bajet bagus macam roomate aku. Ye lah, satu kepala lah katakan! Ish aku memang dah tak tahan lagi ni…lagi 7 bulan rasanya nak abiskan first year ni. Budak first year wajib duk dalam. Itu lah yang membimbangkan aku…macam mana la aku nak survive dengan diorang ni. Tension giler. Yang terbaru kan, aku dapat tau diorang ada ngumpat pasal aku kat belakang seh. Masa aku tengah tido2 ayam ari tu aku terdengar nama aku disebut2. Pastu baru je tadi, aku tersedar dari tido petang diorang ngumpat aku gak. Haih ni tak bleh jadi ni…semua perbuatan aku dikritik aje…tak boleh ke diorang just carry on with their own life?? Jaga kain sendiri yang terselak tu kak…jangan nak sibuk jaga tepi kain orang! Tambah dosa je…dah elok2 alim sembahyang tak tinggal, jangan la tambah dosa murahan lak.

Aku ingat macam nak amik lesen cepat2 and then tinggal luar je tahun depan. Senior cakap kat Uni ni bebas je…tanak tinggal kat kolej pun takper…tapi memandangkan first year kena tinggal dalam kena bayar la. Lepas bayar tu..nak tinggal dalam ke luar bukan urusan dia lagi. Cuma membazirlah. Tengoklah dulu camne…masa depan takleh diduga kadang2…tengok dulu keadaan…

Luahan

Thursday, September 21st, 2006

Aku memang tak pernah tulis dalam blog sebelum ni pasal masalah aku ngan roomate aku. Bukan aku taknak tau… tapi aku cuma malas dan takde masa sangat nak cakap pasal dia ni. Tapi sekarang perasaan aku dah semakin membuak-buak tau dalam diri aku ni. Perasaan yang sedang bertukar sdaripada tidak selesa menjadi benci plak.

Start dia masa hari pertama aku daftar lagi. Aku taulah dia budak stpm…tua satu tahun drpd aku. Lagi nak berlagak kakak lebih2. Memanglah dia akak kan…tapi akak yang sejati akan anggap kita sebagai kawan…bukan orang bawahan yang selalu diperlekehkan hanya kerana faktor usia. Lagipun aku ngan dia beza 2 bulan jerk! Masalahnya dia ni selalu nak anggap aku budak hingusan yang manje. Macam aku tak pernah berenggang dengan mak bapak. Padahal aku dah dok kat matrik tu setahun berjauhan daripada keluarga. Kat ceruk sana sempadan siam plak tuh! Aku lagi pandai berdikari dari dia tu.

Kan budak stpm lagilah takde pengalaman langsung berjauhan atau tinggal kat dorm asrama. Hari pertama tu aku tengah nak tido…dalam gelap2 tu dia tanya aku “Nasya nangis ke? Homesick ke?” Padahal aku tak nangis langsung…malah tengah senyum lagi sebab layankan sms kawan aku! Aku cakap "tak lah"..pastu dia boleh plak tak percaya ek…aku cakaplah "naper plak nak nangis? Mata saya kering jer…nak tengok ke kalu tak percaya?” Terus dia diam pastu cakap “Taklah, kak yati ingat nangis..” Bengang tul aku dengan “AKAK” sorang ni. Entah2 dia tu yang nak nangis sebenarnya pastu tuduh orang lain untuk buat diri dia lagi bagus. Dia sendiri cakap ngan aku dia tak biasa dok asrama…tapi aku ingat dia ni memang berlagak tabah la konon2nya.

Pastu dia cakap aku anak manja. Semata2 sebab mak aku selalu call. Tu pun bukannya hari2 mak aku call…kadang2 seminggu sekali jer. Panggil aku anak manja. Abis tu, dia tu borak hari hari ngan pakwe apahal? Dia ada tempat manja sendiri…aku takde pakwe la bodo untuk call aku! Mak aku sorang tu je lah ngan adik aku tempat bercerita. In fact, family aku je yang tepon hp aku seh…orang lain tak ingin. Mula2 aku nafikan je lah…ada ke dia tanya aku direct satu hari tu..”Nasya ni anak manja eh?” Aku cakap “bukanlah…mana ada anak manja” dia paksa jugak aku mengaku. “Eleh manje je kak yati tengok…hari2 bual ngan mak” Aku cakap “mana ada hari2!” Dia balas “ye.hari hari. Alah at least mak ada tepon. Kak yati ni takde mak tepon pun.” Last last aku diamkan jek. Aku balik minggu pertama tu aku cerita lah pasal ni kat mak aku…dia cakap ngan orang cengini baik iye kan aje..kalau gaduh2 pun tak guna. Pastu banyak kali gak ah dia cakap aku manja…siap prove kan depan kawan2 bodoh dia tu semua…aku cakap je "iyelah..manje kan?". Padan muka terdiam! Takde orang nak melawan laaaaaaaaaaaaaa. Pigidah!

Sorry I don’t write this in English coz I dunno what exactly manja means in english….nanti ada sambungan tau. Belum abis lagi ketidak puasan hati aku terhadap dia ni…